Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 10, 2024

Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah

Salam pagi Rabu 1 Syawal 1445 Hijriah. Selamat hari raya maaf zahir batin. Dipersembahkan artikel kompilasi bagi cerita-cerita permusafiran dan iktikaf saya dari masjid ke masjid 10 Ramadan terakhir, perjalanan yang bermula pada pagi Sabtu 19 Ramadan dan selesai petang Ahad 27 Ramadan baru ini.


Perjalanan dimulakan pada pagi Sabtu 30 Mac 2024 bersamaan 19 Ramadan atas asbab mahu menghadiri wacana ilmu tentang Imam Ghazali di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Disebabkan esoknya petang Ahad 31 Mac mahu menghadiri majlis daurah di tahfiz anak di Janda Baik maka dilanjutkanlah perjalanan ke situ lalu berlegar di sekitar kawasan sehingga pagi Rabu 3 April. Ini adalah untuk menunggu anak dibenarkan balik bercuti panjang untuk musim hari raya. Setelah dibawa kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya berehatlah saya satu malam sebelum menyambung permusafiran dan iktikaf, kali ini ke negeri Perak. 

Diliputilah tempat-tempat sehingga ke Kuala Kangsar membawa ke Taiping, Beruas dan Lumut. Akhir sekali beriktikaf malam 27 Ramadan di masjid warisan keluarga Laksamana Raja Mahkota di Batak Rabit. Teluk Intan. Secara keseluruhan perjalanan yang memakan jarak pemanduan 907 km ini meliputi 30 buah masjid/surau. Sambil beriktikaf dan beramalam diteruskan usaha untuk mengkhatamkan Al-Quran bagi bulan Ramadan juga menelaah hingga selesai buku Futuhat Al-Makiyah setebal 560 muka surat serta hampir 100 artikel berkenaan melibatkan masa bagi cadangan penulisan tesis PhD akan datang, insyaallah.


1. Kamera ke-12 untuk permusafiran iktikaf 10 hari terakhir Ramadan 

2. Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Membuka dengan wacana Imam Ghazali di ISTAC

3. Masjid (Mosque of) Gombak Utara 

4.  Small waterfall at 18th mile of Jalan Gombak

5. Karak highway from vantage points near Genting Sempah

6.  Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Bergerak ke Janda Baik

7. Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Asbab tayar pancit

8. Surau (Small praying hall of) Kampung Sum Sum, Janda Baik

9. Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyelesaikan bacaan Futuhat dan artikel berkenaan

10. Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Bergerak ke Perak dengan berkat

11. Anna and the King shooting location in Kuala Kangsar 

12. Views from the British resident's place in Bukit Chandan

13. Checking out the West Coast Highway from Taiping to Beruas

14. Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Kuale-Tepen-Beruas

15. Visiting the Segari turtle sanctuary for 2024

16. Masjid baru (New mosque of) Batu 8, Lekir, Perak

17. Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyusur kerajaan lama Beruas

18. Masjid (Mosque of) Kampung Bahagia, Teluk Intan

19. Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyambut hari lahir Islam ke-55 di masjid keluarga


Selasa, April 09, 2024

Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyambut hari lahir Islam ke-55 di masjid keluarga

Cuma beberapa jam lagi sahaja kita akan dapat kepastian sama ada akan menyambut Hari Raya pada esok hari Rabu atau lusa hari Khamis. Sebelum itu biar disambung cerita daripada artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyusur kerajaan lama Beruas.



Pagi Ahad 7 April 2024 bersamaan 27 Ramadan 1445 Hijriah. Saya telah beriktikaf dan menginap di masjid warisan keluarga Laksamana Raja Mahkota di Batak Rabit, Teluk Intan.



Pada tarikh Hijriah itu iaitu pada jam 11.04 waktu malam genaplah umur saya 55 tahun menurut kiraan Islam. Saya mengambil masa untuk berehat lama di masjid. Sempatlah menulis artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Kuale-Tepen-Beruas sebelum bergerak keluar jam 12 tengah hari.



Singgah sebentar ke rumah ibu saudara sekitar 300 meter dari masjid. Sebetulnya tayar kanan hadapan kereta pancit seperti berlalu beberapa hari sebelum itu di Janda Baik. Lihat Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Asbab tayar pancit.


Kali ini tak tukar tayar spare. Bergerak terus dengan tayar pancit untuk membayar tempat yang boleh pam tayar...




Setelah 5 km gitu iaitu sampai ke bandar Teluk Intan baru dapat mengepam sehingga penuh. Berjalan-jalanlah di sekitar...




Ziarah ke makam Sultan ke-22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Syah I (bertakhta 1851-1857) di Durian Sebatang...






Kemudian ke makam Keramat Kuala Bidor dekat Kampung Bahagia.




Iktikaf sebentar di masjid sana juga untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Bahagia, Teluk Intan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Terlihat jam masjid menunjukkan waktu 1.31 terus terasa sampai masa untuk bergerak terus balik ke rumah. Untuk makluman nombor 131 membawa makna home sweet home atau "rumahku syurgaku" buat saya.



Menariknya sampai bertembung dengan kereta yang pletnya pun ada nombor 131 apabila masuk ke jalan besar dari masjid Kampung Bahagia. Kali ini tidak ada singgah ke mana-mana lagi kecuali untuk mengisi minyak. Jumpa sahaja susur masuk Lebuh Raya Utara Selatan terdekat iaitu di Sungkai terus ambil sehingga susur keluar berdekatan rumah iaitu di Tol Sungai Buaya



Apabila sampai rumah didapati saya telah memandu sejauh 907.7 km sejak memulakan proses pemusafiran fasa satu pagi Sabtu 30 Mac bersamaan 19 Ramadan. Lihat artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Membuka dengan wacana Imam Ghazali di ISTAC. Apabila hendak menyemak maklumat berkenaan didapati gambar ini diambil tepat pada jam 3.13 petang. 



Pada saya nombor 313 melambangkan perjuangan bagi meninggikan syiar agama. Selepas jam 5.30 keluar lagi. Kali ini membawa isteri dan anak-anak.



Saya mahu menunaikan janji membawa mereka berbuka puasa di Dataran Merdeka. Petang itu adalah hari terakhir acara terbuka umum ini dibuat bagi Ramadan 1445 Hijriah.




Kalau tidak kerana janji besar kemungkinan saya masih beriktikaf di masjid keluarga di Batak Rabit. Ini kerana diberitahu bahawa ada majlis khatam Al-Quran malam itu. Saya sebagai ahli waris sangat dialu-alukan untuk memeriahkannya. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,494 di CATATAN SI MERAH SILU. Sekian cerita.


Isnin, April 08, 2024

Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyusur kerajaan lama Beruas

Salam petang Isnin 28 Ramadan. Menyambung cerita seterusnya bagi perjalanan permusafiran dan iktikaf fasa kedua 10 Ramadan terakhir. Bersambung daripada artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Kuale-Tepen-Beruas.


Hampir tengah hari Sabtu 6 April 2024. Setelah lebih setengah hari menginap dan beriktikaf di masjid Kampung Kota saya pun bersedia untuk menyambung perjalanan.



Ziarah dahulu makam raja-raja Beruas di kampung itu.









Kemudian naik ke pekan Beruas sebelum menuju ke arah pantai barat.



Sampai di Pengkalan Baru singgah beriktikaf di masjid ini...






Kemudian beriktikaf di masjid Pantai Remis.







Sejak dari Pengkalan Baru perjalanan adalah menyusuri pantai barat Semenanjung ke arah selatan.




Singgah beriktikaf di masjid Segari.






Kemudian masuk ke kawasan pantai berdekatan.



Masuklah ke tempat pemeliharaan penyu. Lihat artikel Visiting the Segari turtle sanctuary for 2024 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH



Seterusnya ke kawasan pantai di mana saya mula mengenali rupa pokok Beruas yang dikatakan menjadi punca nama kerajaan Melayu lama Beruas.







Seperti di beberapa tempat yang disinggahi dalam perjalanan sambung proses ketiga suntingan buku berdasarkan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).




Perjalanan diteruskan di pekan Lumut lalu beriktikaf pula di masjid sana.





Sekadar memberitahu. Semua masjid yang disinggahi ini pernah menjadi tempat saya bermalam dalam perjalanan-perjalanan lalu



Dan semua tempat yang dilalui terletak dalam lingkungan kerajaan lama Beruas yang terkait dengan kisah perjalanan nenek moyang saya.



Saja-saja pusing di pekan Lumut dan sekitar.



Sebetulnya cadangnya hendak singgah sebentar sahaja di Lumut kemudian bergegas ke pekan Bagan Datoh lalu ke Beting Beras Basah.



Tetapi apabila mendapati suasa di tepian Sungai Dinding terasa begitu selesa terus melepak lama sehingga tak jadi ke Bagan Datoh. Sempat pula menulis artikel pertama bagi sesi kedua permusafiran dan iktikaf ini iaitu Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Bergerak ke Perak dengan berkat lalu menyiarkannya pada jam 6.46 petang.



Punyalah selesa sampai terasa hendak menunggu sehingga matahari terbenam.



Tetapi perjalanan masih jauh walau tidak jadi ke Bagan Datoh dan Beting Beras Basah lalu selepas jam 7 saya pun bergerak.




Kalau ikutkan hendak berbuka puasa di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan tapi tahu tak sempat. Sebagai ganti pergi ke masjid Batu 8, Lekir yang lebih dekat.



Alhamdulillah sempat berbuka puasa di sana kemudian menunaikan solat Maghrib di masjid barunya. Lihat artikel Masjid baru (New mosque of) Batu 8, Lekir, Perak dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dijamakkan juga solat Isyak sebelum berkejar ke Batak Rabit.



Ketika sampai telah dimulakan solat Tarawikh lalu saya pun ikut sama.



Selepas itu diadakan latihan untuk majlis khatam Al-Quran yang dijadualkan berlangsung pada malam seterusnya...

Ahad, April 07, 2024

Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Kuale-Tepen-Beruas

Salam semua. Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini Ahad 27 Ramadan 1445 Hijriah genaplah umur saya 55 tahun menurut kalendar Islam. Alhamdulillah dapat menyambutnya dengan beriktikaf di masjid warisan keluarga Laksamana Raja Mahkota di Batak Rabit, Teluk Intan. Hari ini juga saya perlu kembali ke rumah kerana sudah berjanji akan membawa anak-anak dan isteri berbuka puasa di Dataran Merdeka, hari terakhir acara berkenaan diadakan bagi tahum ini. Sebelum itu biar dilepaskan satu lagi cerita perjalanan. Bersambung daripada artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Bergerak ke Perak dengan berkat.



Pagi Jumaat 5 April 2024 bersamaan 25 Ramadan, setelah menginap di surau Kampung Temong saya bersedia untuk menyambung perjalanan.



Ke hadapan dalam gambar boleh kelihatan papan tanda menunjukkan arah ke makam Tok Temong. Surau biasa menjadi tempat persinggahan apabila hendak menziarahi makam.



Boleh kata setiap kali ke Kuala Kangsar atau lalu berdekatan saya akan menziarahi makam.






Cuma kali ini turun untuk mandi di Sungai Perak terlebih dahulu.



Selepas itu beriktikaf sebentar di surau sebelah makam.



Kemudian baru ke makam lalu menyambung bacaan beberapa lagi muka surat Juz ke-30 Al Quran.



Seterusnya saya ke Masjid Kota Lama Kanan, lebih dekat ke bandar diraja Kuala Kangsar...



Ziarah makam tanda Sultan ke-2 Perak, Sultan Mansur Syah yang bertakhta 1549-1577. Batu nesan tunggal pada saf pertama masjid ini menandakan tempat baginda dikatakan ghaib lalu tidak dapat ditemui lagi selepas bersolat Jumaat.



Perjalanan diteruskan dengan menyusur Sungai Perak menggunakan laluan kampung dari Kota Lama Kanan ke Sayong. Terlihat papan tanda menandakan lokasi yang kelihatan pernah menjadi tempat penggambaran satu filem Hollywood terkenal. Lihat artikel Anna and the King shooting location in Kuala Kangsar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas itu baru naik ke Bukit Chandan.




Ziarah makam Daeng Selili di kampung belakang Istana Iskandariah...




Kemudian baru ke kawasan pemakaman diraja untuk menziarahi makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.



Jam 12.30 baru bergerak untuk masuk ke Masjid Ubudiyah...



Alhamdulillah dapat mengkhatamkan Al-Quran bagi bulan Ramadan sebelum bersolat Jumaat.



Jam 2.30 pergi ke Sekolah Perempuan Raja Kelsom kerana hendak meninjau pemandangan dari tapak rumah seorang usahawan wanita terkenal abad ke-19 bernama Che Mida, lokasi yang kemudian menjadi rumah Residen British ke Perak. Lihat Views from the British resident's place in Bukit Chandan.




Selepas itu baru meninggalkan Kuala Kangsar (yang orang tempatan biasa sebut sebagai Kuale itu) untuk ke Taiping yang biasa disebut sebagai Tepen.



Terlihat masjid ini di Bukit Gantang singgah sebentar untuk beriktikaf...



Hampir ke bandar Taiping singgah ke makam Daeng Kuning. Orang Silat Gayong harus tahu siapakah tokoh ini.




Kemudian baru ke masjid lama Taiping, masjid yang didirikan oleh Toh Puan Halimah, anak Laksamana Muhammad Amin yang berkahwin dengan usahawan Melayu terkenal, Menteri Ngah Ibrahim.




Solat Asar berjemaah. Saya telah berjanji untuk menemui dua pihak berbeza di sini selepas Asar...



Sementara menunggu mereka sampai sambung lagi kerja suntingan peringkat ketiga bagi buku berdasarkan tesis sarjana saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam). Hal buku ada dinyatakan dalam artikel  Buku ke-15 dalam pembikinan untuk terbitan lepas raya.



Lewat petang baru bergerak meninggalkan Taiping untuk ke Beruas melalui lebuh raya baru. Lihat  Checking out the West Coast Highway from Taiping to Beruas.


Alhamdulillah sampai ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Kampung Kota sejurus selepas masuk waktu Maghrib.